Jerebu dan Flourentine Cookies….
Assalamualaikum….
Salam petang Isnin yang masih lagi berjerebu …..kelabu sana sini….matahari pun merah menyala panasnya hingga ke malam…
Jerebu yang kelihatan dari dalam kereta…sempat lagi merakamkan gambar sambil pegang stering kereta….(aksi yg berbahaya yang tak boleh ditiru) 2 kerja dalam masa yang sama….
Jika dibandingkan dengan gambar ini yang langit cerah bersama awam….bersih tanpa jerebu….sampai bilalah keadaan akan kembali kepada asalnya????
Isu negara…marilah sama-sama berdoa agar masalah jerebu ini dapat diatasi …so perkara kecil yang mampu kita lakukan di peringkat bawahan adalah ….jangan membakar apa-apa sampah diluar rumah kecuali dalam oven seperti di bawah ini……………….
Yang ini pulak tak ada kena mengena dengan keadaan di luar…cookies flourentine yang dibuat untuk dimakan pada hari sabtu lepas sekadar melepaskan tension dengan mencuba resipi dari internet…banyak resipi yang menggunakan tepung florenta memandangkan tuan badan tak jumpa dikedai-kedai yang berhampiran maka solutionnya adalah mengoogle resipi yang tidak menggunakan tepung tersebut…so inilah antara yang simple dan mudah…sekadar untuk menjamu selera sendiri……..rasanya cuba dulu….dan terjemahkan ikut selera memasing….tepuk dada tanya selera
Bahan2 yang digunakan adalah :-
1 biji putih telur
50 gm gula halus atau boleh gunakan gula perang
badam flakes (kepingan)
dan sunflower seeds/ pumpkin seeds
secubit garam halaus
dan sedikit parutan kulit lemon @ orange
Caranya :
Gaulkan kesemua putih telur, gula halus, garam, parutan lemon/ orange dan badam serta biji bunga matahari dalam satu bekas dan dan tepekkan dalam dulang pembakar. Ratakan campuran tadi senipis mungkin dan badam tidak bercerai antara satu dengan yg lain. Kemudian bolehlah dibakar dalam oven yang telah dipanaskan 150 0 C selama 10 min ….bergantung kepada oven memasing.
Tin pembakar hendaklah terlebih dahulu dialas dengan baking paper dan digris dengan sedikit minyak agar tidak melekat…..setelah dibakar selama 10 min…
inilah hasilnya
So setakat itu sahaja untuk minggu ini till then
Comments