Tuesday, February 23, 2010

Salam,,

Di pagi selasa yang dingin...syukur Alhamdullilah dah 2 hari hujan turun berturut2 dengan lebatnya. semalam hujan hujan selepas senja berlabuh....sejuk ler sikit dan tanah yg kering sebelum ini dapatler air hujan membasahinya dan akar2 pokok pun tersemyum riang kerana dapat air selama ini yang berdebu dan kering...

Sebenarnya entri tuk hari ini ada cerita nak diceritakan kisah yang berlaku tapi kan ia masih lagi x tersusun dalam bentuk ayat yg sesuai nanti ler sok2 kalau dah ok akan di coretkan.....

So enjoy the day dan menyukuri apa jua yang DIA berikan kepada kehidupan tuk hari ini dan seterusnya...WASALAAM

Thursday, February 18, 2010

Pokok Limau Purut



Salam,


Untuk hari ini N3 sekadar berkisar mengenai Pokok Limau Purut yang ada ditanam di belakang rumah hanya sebatang untuk kegunaan sendiri dan juga jiran tetangga jika memerlukan daunnya untuk masakan. Info diambil dari website2 yang ada mengenai limau purut dari segi penjagaannya sebab dah tanampun pokok tu....









PENJAGAAN
Siram anak pokok pada awal pagi dan lewat petang 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Di ladang pembajaan dilakukan dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg/pokok dua kali setahun bagi peringkat tumbesaran (1- 3 tahun)


Baja urea dua kali setahun sebanyak 50 g/pokok setiap kali pembajaan. Manakala di dalam pasu 1 kg/pokok dua kali setahun dan baja urea 20 g/pokok setiap kali pembajaan. Letak sungkupan daun-daun kering di keliling pokok sebagai sungkupan.


Cantasan dilakukan untuk membuang tunas air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.


KAWALAN RUMPAI
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.


KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT
Kutip dan musnahkan serangga perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit.

Khasiat Limau Purut

Limau purut atau Citrus Hystrix DC tergolong dalam buah-buahan sitrus yang amat terkenal dalam sejarah penjagaan rambut. Sebelum perapi rambut diperkenalkan, perahan limau yang turut mengandungi asid sitrik digunakan serata dunia untuk merapi dan menyinarkan rambut. 

Asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan membuat krim kulit yang dirumus daripada AHA. Kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Terkenal sebagai sumber asid sitrik terbaik, buah limau purut berbentuk bulat dan kulitnya hijau berkedut. Pokoknya pula kecil. Batang dan rantingnya dipenuhi duri. Daunnya berbentuk kembar dua, berwarna hijau dan selalunya digunakan sebagai penambah aroma makanan. Ada kala daunnya dijadikan air rebusan mandian terutama ketika dalam pantang.

Buahnya boleh digunakan terus untuk mencuci kepala, dipercayai boleh menghilangkan kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. Ia juga boleh digosok pada seluruh badan untuk menghilangkan bau badan.

Kini, limau purut turut dijadikan bahan asas barangan dandanan diri terutama syampu dan sabun mandi.

Untuk mendapatkan kesegaran selepas penat suntuk bekerja, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan anda kembali segar san bertenaga.Untuk membersihkan kulit kepala yang berkerak dan berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkannya terasa pedih.


Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik.


Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan ia seketika sebelum dibilas.




Limau purut dalam aromaterapi
Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antaranya alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena.  Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.  Dan limau purut dan minyak patinya sangat bernilai dalam rawatan aromaterapi untuk menenangkan perasaan gelisah dan ketegangan fikiran.  Minyak patinya digunakan dalam mandi terapeutik, mandi wap dan sebagai minyak urut badan.  Baunya yang kuat dan menyenangkan boleh menyebabkan seseorang berassa ceria, bebas tekanan, segar dan bertenaga.  Tidak hairanlah orang Melayu menggunakannya untuk tujuan mandi limau.

Kegunaan lain
Dalam masyarakat Malaysia, limau purut mempunyai kegunaannya tersendiri.  Buahnya digunakan untuk tujuan kosmetik iaitu untuk mencuci rambut dan bahagian tubuh yang lain.  Jusnya boleh mengeluarkan karat gigi dan kesan kotor yang degil pada kulit tanpa penggunaan bahan kimia yang kuat.  Beberapa titis perahan jus limau purut ditambah dengan setengah cawan air boleh digunakan sebagai ubat kumur supaya mulut berbau harum dan menyihatkan gusi.  Di Thailand, buah limau purut kering digunakan sebagai ubat batuk dan ubat rawatan selepas bersalin.

Pokok limau purut berbau harum dan dipercayai dapat menghalau ular.  Pokok ini seringkali ditanam di sudut kawasan rumah bagi menjauhkan ular.

SEDAP...hidangan tomyam menggunakan serai dan limau purut.

Antara masakan yang menggunakan daun limau purut...tomyam....

Sekian, untuk hari ini



Wednesday, February 17, 2010

Akhirnya hujan jak

Salam

Akhirnya hujan gak pagi tadi walaupun tak lebat mana...tapi basah lah jugak dedaun pokok yang kering tuuuu


Tuesday, February 16, 2010

Panassssssssss...

Salam,

Panassss dan berangin sepanjang 4-5 minggu kebelankangan...tanahpun kering dan debu berterbangan ditiup angin.....bilaler nak hujan ni???

Saturday, February 13, 2010

Salam,

A start to a long weekends and holidays... nothing much to jot down
enjoy the holidays..........

Friday, February 12, 2010

Bukit Batok East Primary School Singapore........Down Memory Lane

Salam

Down memory lane

Bukit Batok East Primary School,
Jurong, Singapore....
















Picture taken infront of the school's office
Sweet memory Bukit Batok East Pri Sch, Singaopre and now the school no longer exist....















Meanwhile this picture taken in the tuckshop...background the tuckshop's wall...schools uniform the girls white shirt with dark blue lining as well as the skirts, as for the boys dark blue shorts and the tops same as the girls........where are they now???

















While this picture was taken somewhere near the school garden as the background, where there was a mini fish pond complete with a mini waterfall, its a nice garden with green landscape
Those were years gone by.....

That it for today...more pics later on

Sunday, February 7, 2010

Saturday, February 6, 2010

3 different pictures

Salam again...

Nothing much just 3 pictures of the day this weekend..........












Miss A getting ready for her kindy last wednesday....












Chili padi waiting to be plucked......










1st day of sowing kailan seeds.....just want to count the days it grows before ready to be served.....: )))
that's all for today...

...........akhirnya

Salam

Akhirnya hujan juga malam.........setelah hampir 3 minggu yang panas dan kering...syukur ke hadratNYA..

Wednesday, February 3, 2010

Minggu yang meresahkan.....

Salam...........

Minggu lepas merupakan minggu yg really mencemaskan...with hubby gan bleeding nose starting from sunday night till thursday...
 Dari klinik ke hospital jumpa pakar ENT dan juga cara tradisi......abis dicuba...yelah tiap penyakit pasti ada ubatnya....ke hospital katanya...ada luka didalam....tulah sapa suruh korek2 idung sudahnya....berdarah kejab2 berdarah abis semua stok kain tuala kecil dan lampin lama digunakan tuk mengelap darah tuuuu..... tak pernah2 buat ice cube buat tuk menstabilkan kepanasan di kepala yg menyebabkan darah tu mengalir....keluar...sapa tak gerun dan stresss tengok darah keluar dari hidung.............

Sekarang alhamdullilah semuanya back tooo normalll

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...