Friday, August 24, 2012

Raya Dulu dan Raya Sekarang….episod 1

 

Salam Aidul Fitri untuk semua di bulan yang mulia ini………..

Minggu pertama raya sekejap sahaja berlalu pergi ….keseronokan beraya dulu dan sekarang amat jauh beza antara langit dan bumi…..

terkenang zaman beraya masa kecik-kecik di Kota Singa zaman 70 an dan 80 an..masa itu arwah mak dan abah masih ada….

sama-sama mengecat rumah bersama dengan abah..abis satu rumah di cat dengan warna baru dan bauan dari cat masih lagi berbekas…..tak ketinggalan membakar kuih baulu menggunakan cara lama…. berpanas menggunakan dapur minyak dan sabut kelapa di atas penutup bekas baulu …kejab2 di angkat untuk melihat da masak ke lum…

 

Gambar ehsan Google..

Malam pula…bebudak pula sibuk membakar mercun …lentam-lentum berlawan antara satu dengan yang lain….memandangkan rumah berjiran dengan kuaters balai bomba….jadi tak ler risau sebab apa2 hal bomba dekat…walhal pada masa tu mana ler ingat tu semua….main mercun tak hingat dunia macam2 jenis mercun boleh didapati janji ada duit nak beli…mana2 kedai runcit seberang jalan boleh dibeli..tapi masa itu tak berduit soo beli aje yang termampu….mercun ayam..roket…dan macam2 lagi…sekarang semua terlarang…

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...