Posts

Showing posts from September, 2011

IKTIBAR DARI SEBATANG PENSEL…..

Image
sALAM… Untuk renungan dan dan diambil pengajaran diri sendiri…. dan sesiapa yang membacanya Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. “Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?” “Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.” “Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak. “Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?” “Iya, ibu.” Pertama , pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya. Kedua , ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagu

dialog sadis sang suami untuk sang isteri……dan sardin masak asam pedas simple.

dengan kocoh- kacahnya sang isteri pun menyiapkan masakan tengahari..maklum lepas tu nak terkejar ke satu appointment lain petang tu dalam kul 2 gitu…..jengok-jengok peti ais….laaaa tak ada pun lauk hendak dimasak…sambil garu kepala terpandang lah satu tin sardin…… so apalagi…..masakan yang paling simple masak sardin asam pedas/ atau yang seangkatan dengannya…. ambilah 2-3 biji bawang besar, kengkawan yang lain adalah bawang putih dalam 4-5 ulas, kunyit sebuku ibu jari kot besarnya…jangan lupa kawan karib si kunyit adalah halia agak-agak sama saiz dengan si kunyit tadi ok…… so ketua geng kenkawan tadi apalagi kalau bukan lada kisar/ chili kering kisar sama lah bendanya…….bahan yang memberi nama kepada masakan ini adalah apalagi kalu bukan asam jawa kira-kira secukup rasa yang diramas terpulang banyak mana …hendak pekat…kurangkan air kalau tidak lebihkan air. Bila semua itu dah siapsiaga (bahasa baru kiranya kot) tumislah empat sekawan + chili kering hingga pecah minyak (minyak untuk

Waktu akhirat dan dunia…Sekadar ingin berkongsi ….

Salam…. Sekadar untuk ingatan diri sendiri….apa yang dapat dari Kursus yang dihadiri tempohari ….. 1 1/2 jam waktu akhirat = 62 1/2 tahun….maknanya 24 jam/ 1 hari waktu akhirat bersamaan dengan 1000 tahun masa kita di dunia….so renung-renunglah apa yang telah kita isikan dalam waktu 62 1/2 tahun usia itupun jika diizinkaNya untuk kita rasai…. Sekian till then Bye