Tuesday, August 23, 2011

Hai almond london…..

Salam…

Dan ke idak ni nak membuat almond biskut ni….tapi disebabkan ada permintaan oleh anak-anak terpaksa ler buat juga….kuih tart lak da tinggal setengah balang….kena mamam….oleh anak-anak..apa taknya maknya sekali curi-curi makan kuih tat…..adussss nampak gaya sampai raya da abisss kena makan waktu berbuka atau sahur……….picture akan di upload jika berkesempatan..

soo akhir kalam “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” UNTUK SEMUA YANG SUDI MENYINGGAH KE BLOG YANG SEBERAPA INI…………….

Friday, August 19, 2011

MALAM LAILATUL QADAR….

Salam,

Semakin hampir akhir ramadhan dan tibanya Malam Lailatul Qadar satu malam yang merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

something to share about Malam Lailatul Qadar…

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:

" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:

" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya:

" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati

malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya:

" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah

keampunan-Mu untukku. "

Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

untuk tatapan dan rujukan diri sendiri……..

Friday, August 12, 2011

minggu ke 2 Ramadan

Salam...

Minggu ke 2 Ramadan pun dah nak melabuhkan tirai ...2 more weeks to goooo....welll langsir tak berjahit wehh...bila lah gaknya nak menjahitnya.....dengan mesin jahit singer ruper ni...tapi yang guna kaki....jenuh kaki nak mengayun besi.....bila lah nak siapnya?????


(ni bukan nak promote mesin jahit ke atau aper....gambar sumber google..sekadar suka hati...tak tau nak nulis ape??? )












Product_thumb-f5cac99c1247cbd5f9e7a2bed07c736131c1beb2

tapi kalau ruper yang di atas ni sedaplah sikit.......2 3 hari leh siap....tapi apa kan daya.........terpaksa lah gak ........wat dengan apa yang ada........

that's all

SELAMAT BERPUASA...................




Tuesday, August 2, 2011

kenangan bersama arwah abah…..

Salam,

Cepat sungguh masa berlalu….kini hampir 25 (4 August 1986) tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga….pusaranya nun jauh di KOta Singa tapi ingatan dan doa tetap dikirimkan….

scan0005

Tulisan arwah abah yang tertera dibelakang sekeping gambar kelas yang diambil seperti tarikh dan tempat yang dinyatakan….

Pri 3c 

……dan inilah gambar yang dimaksudkan….terlebih emo lak ok lah masuk bab makan tuk berbuka iftar tadi sekadar kuey teow goreng dan daging masak kicap ….masakan ala kadar sahaja…..

well that’s for today……till then…:-)))

2nd day of Ramadhan….2011

Salam Ramadhan,

Syukur ke Illahi kerana keizinanNYA dapatku bertemu di Ramdhan ini….dan dapat kembali menulis di blog yang dah agak-agak penuh dengan sawang sebab lama tak mengemas khazanah di dalamnya…semenjak kembali ke alam kerjaya kononnya yang penuh gan program yang habisnya hingga larut malam….tak mengizinkan mengupdate blog yang duk diam-diam menanti….bukan apa saja-saja membusykan diri atau entah tak tau den nak cakap…..

Memandangkan ambik 2 hari coti di awal ramadhan dapatlah melepaskan lelah, lagi-lagi baru balik dari kembara di PPA sempena kursus bina insan dan pemantapan akidah..last weekend…kini baru dpt meluangkan masa bersama family dan agak-agak berangan2 nak masak…..entah jadi entah idak….tunggu dan lihat saja…..kain langsir dok nunggu nak dijahit………..aiiiiii

bye…akan disambung kemudian

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...