Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDIL ADHA …..dan SAMBAL GORENG VERSI MY MUM….

Salam,

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA…atau biasa dikenali dengan Raya Korban…di mana masa ini banyaklah orang berkemampuan tunaikan kewajipan ibadah korban….bagi yang kurang mampu…time ini akan menerima banyak daging korban. Maknanya dalam masa sebulan akan berlaukkan lauk daging jer…….….

Selamat sudah memasak ayam kampung masak kari bersama dengan sambal goreng versi my mum untuk Aidil Adha ini…..sudah 2 kali masak sambal goreng ini guna resepi yang diambil dari internet.. yang masukkan halia bagai dalamnya….rasanya tidak menepati selara so last resort balik semula to my mum resepi asal…..baru ngam dengan selera…resepi simple. Kot-kot ada yang berminat antara bahan yang digunakan adalah

Cili kisar

bawang besar 2-3 biji – potong dadu

serai 4-5 batang - hiris

bahan2 untuk digoreng :-

kacang panjang hiris & goreng

tahu/ tempah – dipotong kecil

udang sederhana besar – goreng @ rebus

cili merah (ikut kepedasan masing2)- hiris nipis & goreng juga sebentar

hati/ pedal ayam – potong & goreng

air asam jawa secukup rasa

santan pekat satu mangkuk kecil

Caranya:-

Gunakan minyak lebihan goreng bahan2 di atas. tumis bawang besar + cili kisar hingga garing

masukkan serai hiris dan masak hingga betul2 garing

kemudian masukkan air asam jawa/ santan pekat tadi

masak hingga pekat/ agak kering

barulah masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi dan gaul sebati maknanya kering dan tidak berkuah

garam dan serbuk perasa jangan lupa dan sesiapa yang gunakan gula bolehlah masukkan juga kalau tak pun tak pe…..

………….bukan tak sedap resepi yang diambil dari internet ……..maklumlah dah terbiasa dengan resepi yang simple di atas…

so tepuk dada tanya selara….

So di waktu lain dan mood untuk menaip kalau ada akan diupdatekan ……

till then……bye….

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...