Sunday, October 31, 2010

Siap bab memasak....

Salam,


Bab memasak dah settle, lauknya kobis masak lemak gan sambal sotong kering siap, nak upload gambar, bluetooth gadget ilang lah pulak so gambar tak leh nak tranfer ke pc sabor jelah....


...sampai 2 post lak ari ni....nak kata kemaruk tak juga tapi angin tengah baik nak berblog...............bye


Salam di pagi minggu/ ahad,

Sekejap je masa berlalu dah hari minggu pun ari ni....aaa nak masak pe ari ni....??? si kecik a lak tetiba panas badan jab...konon nak nolong cik abe kat kebun tak menjadi....sarapan lak wat  
roti canai je makan gan sambal telur lauk malam tadi jadiler tak perlu nak keluar duit nak membeli sarapan ye tak.....time nak memasak...

BYe

Monday, October 25, 2010

Perihal masak lemak cili api.....

Salam,

Memandangkan blog ni saja suka-suka je, jadi apa yang ada dalamnya adalah suka-suka tuan punya nak menulis apa2 aje.....blog nipun tak secanggih mana takde resepi canggih2 manapun atau gambar2 yang kiut-miut sekadar gambar2 dari camera h/phone nokia je....

Hari nak update perihal masakan hari ini masak lemak cili api, resepinya ala biasa-biasa je....ikan, segenggam cili api, seketul kunyit, asam limau kasturi @ asam keping pun boleh gak and last sekali santan kelapa...(ni kiranya resepi dari bahan2 percuma x payah beli cuma petik dari sekitar rumah je...yang kena bayar adalah gas gan kena beli ikan di pasar.....nak mancing rasa2nya tak dapat den nak nolong) ni sekadar resepi kekampungan sahaja.....cara2 rasanya semua dah tau....sebenarnya nak bercerita bahan2 mentah yang terdapat sekitar rumah/ kawasan.... maklumlah duk kat kampung so apa aje leh ditemui.....antaranya adalah seperti berikut :-

1. Pokok kelapa - santan
2. Pokok cili padi
3. Kunyit - daun/ isi kunyit
4. Lengkuas
5. Pokok Limau purut
6. Pokok ubi
7. Ulam Raja
8. Pandan
9. Pokok Kari - daun kari
10. Pokok Belimbing Buluh
11. Serai - 2 jenis- kampung/ dan yang versi besar sikit
12. Kesum/ bunga kantan
13. Pokok gaharu - ni tanah sebelah rumah orang punya....mesti loaded kalu dah leh ambik hasil 7 tahun kemudian
14. Limau kasturi - ni ada kat kebun hubby

Pokok Buah2an lak:-

15. Pokok manggis
16. Durian
17. Mangga
18. Rambutan - 2 jenis merah/ gading
19. LAngsat
20. Pisang
21. Nangka
22. Kedondong

Pokok2 herba

1. Senduduk
2. Daun kaduk
3. Akar Bakawali - berjuntai2 akarnya, rasanya pahitnya hanya Allah SWT yang tahu
dan ada lagi tapi kenal namanya....

Gambar kalu ingat dan dapat di upload....kemudian nanti sebab line internet macam kura2 berlumba gan siput....

Tuesday, October 19, 2010

..........SALAM DI PAGI SELASA

Salam di  pagi Selasa,

Lama tak ke blog, masalah teknikal dan juga line streamyx yang rasanya agak membebankan, terpaksa di terminate wat sementara waktu....nothing much to jot down....biasaler i'm not that talkative person in real life or in virtual world...sifat M tu masih ada dan menebal inside me...

Kehidupan harian masih berjalan macam biasa there's up and downs in my life but the life still rolling on till its final destination yaitu menemui yang hakiki SANG PENCIPTA.....sekadar mengingatkan diri sendiri yang sering terbabas dan alpa.....well that it for today guys....ada ke yang terbabas masuk ke blog ini...MAAF tak ada cerita yang menarik tuk disampaikan...........


Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...