Monday, September 26, 2011

dialog sadis sang suami untuk sang isteri……dan sardin masak asam pedas simple.

dengan kocoh- kacahnya sang isteri pun menyiapkan masakan tengahari..maklum lepas tu nak terkejar ke satu appointment lain petang tu dalam kul 2 gitu…..jengok-jengok peti ais….laaaa tak ada pun lauk hendak dimasak…sambil garu kepala terpandang lah satu tin sardin……

so apalagi…..masakan yang paling simple masak sardin asam pedas/ atau yang seangkatan dengannya….

ambilah 2-3 biji bawang besar, kengkawan yang lain adalah bawang putih dalam 4-5 ulas, kunyit sebuku ibu jari kot besarnya…jangan lupa kawan karib si kunyit adalah halia agak-agak sama saiz dengan si kunyit tadi ok…… so ketua geng kenkawan tadi apalagi kalau bukan lada kisar/ chili kering kisar sama lah bendanya…….bahan yang memberi nama kepada masakan ini adalah apalagi kalu bukan asam jawa kira-kira secukup rasa yang diramas terpulang banyak mana …hendak pekat…kurangkan air kalau tidak lebihkan air.

Bila semua itu dah siapsiaga (bahasa baru kiranya kot) tumislah empat sekawan + chili kering hingga pecah minyak (minyak untuk menumis tu dalam sesenduk dua gak banyaknya) bila semua dah pecah minyak dan nampak garing masukkan air asam jawa masak hingga mendidih dan masukkan sardin-sardin tadi…masukkan sos sardin dalam dua sudu terpulang pada selera memasing…tidak lupa masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa selara..masak lagi

sesiapa yang minat boleh masukkan sayur seperti terung/ bendi/ tomato dan juga dua tiga ketul bawang besar 2 3 biji dibelah dua atau empat…tunggu hingga sayur masak ala kadar dan tadaaa dah siap untuk dimakan…….

sang suami pun balik ke rumah. Siap mandi….diapun ke dapur sambil menjenguk ke dalam periuk…

(sambil menyinkap tudung periuk) sang suami : lauk sardin ke…hari tak kerjapun?????

sang isteri : la (nada dalam hati) kan hendak menjawap berdosa pulak…..kira dah bagus tu masak gak…..gara-gara malas hendak ke pasar…….:={} 

ni adalah secebis kisah benar dalam sebuah keluarga

till then bye………….

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...