Posts

Showing posts from November 8, 2011

PORTUGIS MELAKA

Image
Misteri Etnik Part 4 : Portugis Melaka lebih asli Generasi muda diajar warisi tarian Portugis Masyarakat pertahan budaya Negara asal sejak abad ke-16 “Jingkling nona jingkling nona yo kare kasa, jingkling nona jingkling nona yo kare kasa, kasa rata kota jele lagu pasa, kasa rata kota jele lagu pasa. Teng alah oteng pak oteng sala oteng, teng alah oteng pak oteng sala oteng. Udang sama udang, mawar atas peti. Pandang boleh pandang, jangan sampai bawa lari.” Itulah petikan lagu Jingkling Nona yang popular di kalangan masyarakat Portugis, Melaka. Lagu itu juga sebati dengan penduduk Melaka sehingga mampu dinyanyikan sesiapa saja. Sekali dengar, ada lenggok joget dalam rentak melodi lagi itu. Ia seakan memperkuatkan tanggapan asimilasi budaya Portugis dengan orang tempatan, apatah lagi orang Portugis bertapak di negeri itu sejak 500 tahun dulu. Namun, paling mengejutkan masyarakat ini yang terputus hubungan dengan negara asal sejak Portugis berundur pada zaman penjajahan Belanda ma

Tiga sikap buat wanita tampak hodoh

Image
sALAM… Satu lagi e-mail yang ingin dikongsikan bersama…… Assalamualaikum warahmatullah, Pernahkah anda melihat wanita yang terlalu cantik, sempurna segala zahirnya, anggun bergaya dengan kosmetik dan perhiasannya bak supermodel? Bukan hanya lelaki yang suka memandang, bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap dipandang. Tetapi sayangnya, setelah anda mengenali hati budinya, dia sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala dalaman pula sungguh memeranjatkan! Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup. Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beri

Khasiat koko……

Image
sALAM… sOMETHING 2 SHARE….. koko ~ theobroma cacao Assalamualaikum warahamtullah dan salam sejahtera, Beberapa bulan yang lepas, Laman-Seri telah menerima sepucuk email yang menceritakan tentang sejenis minuman yang menjadi favourite anak-anak berjenama xxxxxx. Kandungan email sangat meloyakan tekak hingga saya sendiri tak dapat menerima lagi minuman itu, walaupun setitik. Ðisebabkan email itu juga, saya telah berusaha mencari alternatif kepada minuman berperisa coklat itu, mari beramai-ramai kita minum koko. Koko bukanlah tanaman asing kerana sejak dari kecil lagi saya suka 'makan' isi koko yang rasanya manis-manis masam. Koko atau nama saintifiknya theobroma cacao adalah tanaman yang digunakan untuk membuat coklat. Nama genus theobroma bermakna ‘makanan tuhan’. Pokok koko tergolong dalam keluarga malvaceae. Pokok koko berasal dari kawasan tropika Amerika iaitu Mexico yang didiami oleh kaum Indian Maya Aztec. Kaum Indian Maya Aztec amat menghargai biji koko. Malah biji ko