PORTUGIS MELAKA

Misteri Etnik Part 4 : Portugis Melaka lebih asli
Generasi muda diajar warisi tarian Portugis Masyarakat pertahan budaya Negara asal sejak abad ke-16
“Jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,
jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,
kasa rata kota jele lagu pasa,
kasa rata kota jele lagu pasa.
Teng alah oteng pak oteng sala oteng,
teng alah oteng pak oteng sala oteng.
Udang sama udang, mawar atas peti.
Pandang boleh pandang, jangan sampai bawa lari.”

Itulah petikan lagu Jingkling Nona yang popular di kalangan masyarakat Portugis, Melaka. Lagu itu juga sebati dengan penduduk Melaka sehingga mampu dinyanyikan sesiapa saja. Sekali dengar, ada lenggok joget dalam rentak melodi lagi itu. Ia seakan memperkuatkan tanggapan asimilasi budaya Portugis dengan orang tempatan, apatah lagi orang Portugis bertapak di negeri itu sejak 500 tahun dulu.
Namun, paling mengejutkan masyarakat ini yang terputus hubungan dengan negara asal sejak Portugis berundur pada zaman penjajahan Belanda masih mengekalkan budaya asal, malah pelbagai tarian, bahasa dan pakaian tradisi kekal seperti abad ke-16. Orang Portugis di Portugal sendiri kagum dengan generasi mereka di Melaka.
Bahasa Portugis Melaka masih lama, berbeza dengan orang Portugal yang melalui banyak perubahan tatabahasa serta nahu. Pendek kata, orang Portugis di Melaka lebih asli daripada di Portugal dan itulah menjadi kebangaan mereka dalam mempertahankan budaya.
Aktiviti kebudayaan orang Portugis di Melaka masih dipelihara dan menjadi tarikan pelancong. Tarian Portugis boleh ditonton di Kampung Portugis termasuk di restoran.
Kebanyakan lagu dan tarian ada pengaruh Portugis tetapi sudah diubah-suai, tariannya rancak dan kostum berwarna-warni antara ciri tarian Portugis Papa Joe atau nama sebenarnya Marvel Lazaroo, 70, pengusaha restoran di Kampung Portugis antara yang aktif mempromosikan budaya orang Portugis dengan mengadakan persembahan di restorannya.
Butiran selanjutnya ... Sumber : BHarian 13/10/2011
Capaian entry berkaitan :
* Misteri Etnik Part 1 : Warisan 500 tahun masyarakat Portugis terpelihara
* Misteri Etnik Part 2 : Perkahwinan campur sinonim masyarakat Portugis Melaka
* Misteri Etnik Part 3 : Laut ibarat nyawa masyarakat Portugis sejak dulu
* Misteri Etnik Part 4 : Portugis Melaka lebih asli






Comments

Popular posts from this blog

Pokok Limau Purut

Pantun-pantun lama….