Posts

Showing posts from February 27, 2014

Bunga dalam Pantun…..

Image
  Assalamulaikum wbt….di petang Khamis.. sekadar nak berkongsi pantun-pantun yang terdapat dalam buku “Pekan Budaya Melaka tahun 1980”…..da 34 tahun buku tu…..so antara pantun2 yang terdapat di dalam buku berkenaan adalah seperti berikut…. “Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi, Kalau tidak kerana tuan, Tidak saya sampai ke mari.”   “Beribu bintang cantek berseri, Dapat sinaran cahaya purnama, Sudah sampai kita ke mari, Marilah kita bersua muka.”   “Ramai-ramai duduk di jembatan, Campak batu sorang satu, Ramai-ramai duduk berkawan, Mari berpantun sorang satu.”   “Padi ini padi Asahan, Belum direndang berteh dahulu, Hati ini hati celaka, Belum terpandang kasih dahulu.”   “Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah tangkainya, Hati muda jangan dilurut, Kalau dilurut salah datangnya.”   ….merupakan antara baris-baris pantun yang selalu dinyanyikan dalam Dondang Sayang Melaka….warisan zaman yang semakin hilang dan kurang diminati generasi hari in