Bunga dalam Pantun…..

 

Assalamulaikum wbt….di petang Khamis.. sekadar nak berkongsi pantun-pantun yang terdapat dalam buku “Pekan Budaya Melaka tahun 1980”…..da 34 tahun buku tu…..so antara pantun2 yang terdapat di dalam buku berkenaan adalah seperti berikut….

“Kalau tidak kerana bulan,

Tidak bintang terbit pagi,

Kalau tidak kerana tuan,

Tidak saya sampai ke mari.”

 

“Beribu bintang cantek berseri,

Dapat sinaran cahaya purnama,

Sudah sampai kita ke mari,

Marilah kita bersua muka.”

 

“Ramai-ramai duduk di jembatan,

Campak batu sorang satu,

Ramai-ramai duduk berkawan,

Mari berpantun sorang satu.”

 

“Padi ini padi Asahan,

Belum direndang berteh dahulu,

Hati ini hati celaka,

Belum terpandang kasih dahulu.”

 

“Padi muda jangan dilurut,

Kalau dilurut patah tangkainya,

Hati muda jangan dilurut,

Kalau dilurut salah datangnya.”

 

….merupakan antara baris-baris pantun yang selalu dinyanyikan dalam Dondang Sayang Melaka….warisan zaman yang semakin hilang dan kurang diminati generasi hari ini….semakin canggih dunia tanpa sempadan…. akar dan usul bangsa semakin terancam…..tidak seperti pokok di mana semakin membesar semakin kuat akarnya menyelusuri bumi….tanpa menggira cuaca panas mahupun sejuk…..adat dan budaya semakin dijauhi terutama anak muda….seperti pokok…pucuk kelayuan di atas namum akar tetap kuat didalam bumi…….Send a kiss

Comments

Sis Vee said…

“Padi ini padi Asahan,

Belum direndang berteh dahulu,

Hati ini hati celaka,

Belum terpandang kasih dahulu.”

rangkap ketiga tak sesuai dgn ritma rangkap pertama ...
Terima kasih di atas comment tu....sebenarnya pantun-pantun itu merupakan sebahagian daripada petikan dari buku Pekan Budaya Melaka tahun 1980....tanpa diedit...ia merupakan rangkap pantun bagi nyanyian Dondang Sayang...

Popular posts from this blog

PORTUGIS MELAKA

Pokok Limau Purut

Pantun-pantun lama….