Monday, October 25, 2010

Perihal masak lemak cili api.....

Salam,

Memandangkan blog ni saja suka-suka je, jadi apa yang ada dalamnya adalah suka-suka tuan punya nak menulis apa2 aje.....blog nipun tak secanggih mana takde resepi canggih2 manapun atau gambar2 yang kiut-miut sekadar gambar2 dari camera h/phone nokia je....

Hari nak update perihal masakan hari ini masak lemak cili api, resepinya ala biasa-biasa je....ikan, segenggam cili api, seketul kunyit, asam limau kasturi @ asam keping pun boleh gak and last sekali santan kelapa...(ni kiranya resepi dari bahan2 percuma x payah beli cuma petik dari sekitar rumah je...yang kena bayar adalah gas gan kena beli ikan di pasar.....nak mancing rasa2nya tak dapat den nak nolong) ni sekadar resepi kekampungan sahaja.....cara2 rasanya semua dah tau....sebenarnya nak bercerita bahan2 mentah yang terdapat sekitar rumah/ kawasan.... maklumlah duk kat kampung so apa aje leh ditemui.....antaranya adalah seperti berikut :-

1. Pokok kelapa - santan
2. Pokok cili padi
3. Kunyit - daun/ isi kunyit
4. Lengkuas
5. Pokok Limau purut
6. Pokok ubi
7. Ulam Raja
8. Pandan
9. Pokok Kari - daun kari
10. Pokok Belimbing Buluh
11. Serai - 2 jenis- kampung/ dan yang versi besar sikit
12. Kesum/ bunga kantan
13. Pokok gaharu - ni tanah sebelah rumah orang punya....mesti loaded kalu dah leh ambik hasil 7 tahun kemudian
14. Limau kasturi - ni ada kat kebun hubby

Pokok Buah2an lak:-

15. Pokok manggis
16. Durian
17. Mangga
18. Rambutan - 2 jenis merah/ gading
19. LAngsat
20. Pisang
21. Nangka
22. Kedondong

Pokok2 herba

1. Senduduk
2. Daun kaduk
3. Akar Bakawali - berjuntai2 akarnya, rasanya pahitnya hanya Allah SWT yang tahu
dan ada lagi tapi kenal namanya....

Gambar kalu ingat dan dapat di upload....kemudian nanti sebab line internet macam kura2 berlumba gan siput....

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...