Tuesday, November 30, 2010

...di mana bumi di pijak...

Salam,


Tajuk macam telemovie...tapi abuk pun tak de...bukan apa.... tapi kan itulah realiti kehidupan, tak semestinya sesiapa yang berada di atas akan sentiasa di atas tu...perlu gak sesekali tengok di mana bumi dipijak...... tak de kena mengena pulak dengan gambar2 yang akan di lampirkan...tapi entah ter 'emo' sikit lak....sebabnya bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...so yang pasti nak kecapi kejayaan adalah dengan usaha yang berterusan tanpa kenal jemu dan bosan....mana ada pantai yang tak dipukul ombak kan.....lain ler kalau mandi kat kolam renang ke...dalam shower pasti tak de ombak...dah meleret pulak...mesti boring kot sapa yang masuk blog ni....so yang tak berkenaan....leh pegi ke banyak lagi blog2 yang canggih-manggih di luar sana....Byeeeeeeeeeee...


Sat gambar pulak tertinggal, so layan ler gambar yang tak seberapa nak terang ni....




ni gambar cendawan tekukur yang tumbuh... ni baru kecik2 lagi di batang pokok sentul aritu...rasa2 kalau banyak boleh gak di ambik dan masak wat masak lemak atau sambal sodap tu kalau sapa yang makan ler kalau tak pandang sebelah matapun tidak bagi sapa2 yang berkenaan ler...jangan orang lain kebas...sudah



yang ini pulak anak2 pisang yang dah menonjolkan pucuk2 baru....kira nak hidup ler tu...sebab sang2 lembu tak leh nak menceroboh ke kawasan ni lagi sebab dah dikawal dek pagar2 duri....


ni pulak tali air yang sebelum ni kering kontang dah dipenuhi air maklumler sekarang ni musim hujan....anak2 ikan mula berenang dalamnya...agak2 kalau besar maunya mancing kat sini...rasanya ada gak ikan haruan dalam tu...ialah sebelum ni dok nyorot dalam lumpur sebab tak ada air....kot ada sesapa nak join...kalau kaki mancing gerenti diaorang dah dok intai2 tali air ni...


ni sekadar nak exposekan gambar bunga lalang pulak, ada lagi dua tiga bunga kecil yang terselit sama...nama tak berapa nak tahu....asyik2 bunga2 cun jer macam rose, lavender dan lain2 bunga yang popular masuk blog soooo kena ler bagi peluang lak kat bunga2 lain...dia pun ciptaan Illahi...sekadar nak mencuci mata.....



dua gambar di atas ni soori tak tau namanyaa....tapi cantik warnanya keorenan dan kuning....gambar a bit blurry maklum ler gambar dari h/p murah bukan iphone3 atau iphone4 sekarang ni...dengan kehebatannya fungsinya......

soo...itu jer tuk hari ini.....

Byeeeeeee


Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...