Posts

Showing posts from January 15, 2012

Gulai Siput sedut dengan keladi

Image
Salam di pagi minggu…. Backdated picture… Lauk minggu lepas…masak atau gulai siput sedut dengan batang keladi versi sendiri. Memandangkan sepanjang minggu asyik lauk ikan-ikan jer so nak menghilangkan tahap kebosanan dengan ikan soo siput sedut jadi mangsanya…. Antara bahan2nya ialah :- Semestinya siput sedut chilli padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) kunyit hidup sebesar ibu jari serai sebatang keladi (Hanya ambil batangnya sahaja) – celur santan kelapa 1 biji 2-3 asam keping/ garam/ serbuk perasa belimbing buluh kalau ada Caranya :- Cuci siput sedut sebersih-bersihnya, kerat hujung siput guna pisau yang besar supaya senang sekali ketuk je (as for me guna parang jer) sekali hentak aah kau dah beras dah putus hujungnya. Siput itu hendaklah direndam dan basuh lagi hingga bersih. Kisar semua bahan chili padi+ kunyit, masukkan dalam periuk bersama dengan santan, siput, serai, asam keping dan kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Apabila dan mendidih masukkan garam/ s