Posts

Showing posts from September 27, 2011

IKTIBAR DARI SEBATANG PENSEL…..

Image
sALAM… Untuk renungan dan dan diambil pengajaran diri sendiri…. dan sesiapa yang membacanya Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. “Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?” “Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.” “Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak. “Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?” “Iya, ibu.” Pertama , pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya. Kedua , ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagu