Wednesday, November 3, 2010

anak ku dah kebah...

Syukur alhamdullilah....anakku dan kebah demannya.....ni pulak tinggal ragamnya aja.
So untuk n3 hari ini adalah ....................gambar-gambar yang ada dan boleh di upload ari tu menggunakan pendrive....



ni gambar cili padi yang ditanam sendiri kat belakang umah tu, ade le dalam 5 6 batang pokok..kiranya setakat ni tak payah nak membeli ler.....bukannya murah nak beli 100 gm seciput je banyaknya....dah ada...... nak masak gi petik je kat belakang nun yang fresh dan ranggup...senang koja den...


ni pulak daun bawang...kisahnya 2 biji bawang yang lambat digunakan dah tumbuh daunnya jadi keputusannya adalah ditanam untuk mendapatkan daun bawang... so kisah 2 in 1 ler bawang ni...


ni lauk entah bila sebab tak dapat di upload lebih awal so masukler pagi ....bukan maknanya tuan punya dah masak pepagi ni..lauk ikan masak kari...ikannya dok berenang dalam kuah tu..


pasangan lauk di atas tadi, goreng taugeh, tahu gan udang geragau...resepi satu dunia melayu tahu....

dah terlajak pula n3 untuk ari ni...biasa ler kan untuk tatapan sendiri jek...

BYeeeeeeeeee




Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...