Posts

Showing posts from November, 2011

its better late than never……

Image
Salam….di hari Jumaat, Cepatnya masa berlalu….anak yang masih kecil kini dah pun berada di tahun 1….dulu yang berpohsah nak menghantar ke sekolah petang..akhirnya dapat tempat pertama di dalam kelasnya…….cuba bayangkan macam mana dia mengeraskan badan nak masuk ke laman sekolah dah lah tu jadi murid yang popular sekejab sebabnya satu sekolah dapat tengok mono drama dengan juraian air mata nak ke sekolah…… Tahniah dan keep up the good work my beloved son FAEZZZZZZZZZZZ. Till then…..:- )))

APAM POLKODOT……

Image
sALAM… Apam polkodot yang sudah siap dikukus…resepinya banyak di internet hanya tinggal untuk dipilih ikut citarasa empunya diri…hanya dua warna sahaja yang digunakan warna asal dan sedikit pewarna merah. Memandangkan untuk makan sendiri….sekadar nak mengurangkan penggunaan pewarna dalam makanan….sudahlah macam warna yang masuk ke badan. Jadi sebolehnya untuk diri sendiri….tu lew rupanya…. antara resipi yang boleh diguna adalah seperti di sini atau di sini dan lain-lain resepi banyak lagi. Itu je untuk hari ini…..till then

11.11.11…..

Salam hari Jumaat… Angka yang unik….jua pada hari yang mulia..penghulu segala hari…. agak2 jika dicampurkan semuanya angka 1 (satu) berapa jawapanya.. . jawapannya hanya satu…..

PORTUGIS MELAKA

Image
Misteri Etnik Part 4 : Portugis Melaka lebih asli Generasi muda diajar warisi tarian Portugis Masyarakat pertahan budaya Negara asal sejak abad ke-16 “Jingkling nona jingkling nona yo kare kasa, jingkling nona jingkling nona yo kare kasa, kasa rata kota jele lagu pasa, kasa rata kota jele lagu pasa. Teng alah oteng pak oteng sala oteng, teng alah oteng pak oteng sala oteng. Udang sama udang, mawar atas peti. Pandang boleh pandang, jangan sampai bawa lari.” Itulah petikan lagu Jingkling Nona yang popular di kalangan masyarakat Portugis, Melaka. Lagu itu juga sebati dengan penduduk Melaka sehingga mampu dinyanyikan sesiapa saja. Sekali dengar, ada lenggok joget dalam rentak melodi lagi itu. Ia seakan memperkuatkan tanggapan asimilasi budaya Portugis dengan orang tempatan, apatah lagi orang Portugis bertapak di negeri itu sejak 500 tahun dulu. Namun, paling mengejutkan masyarakat ini yang terputus hubungan dengan negara asal sejak Portugis berundur pada zaman penjajahan Belanda ma

Tiga sikap buat wanita tampak hodoh

Image
sALAM… Satu lagi e-mail yang ingin dikongsikan bersama…… Assalamualaikum warahmatullah, Pernahkah anda melihat wanita yang terlalu cantik, sempurna segala zahirnya, anggun bergaya dengan kosmetik dan perhiasannya bak supermodel? Bukan hanya lelaki yang suka memandang, bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap dipandang. Tetapi sayangnya, setelah anda mengenali hati budinya, dia sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala dalaman pula sungguh memeranjatkan! Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup. Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beri

Khasiat koko……

Image
sALAM… sOMETHING 2 SHARE….. koko ~ theobroma cacao Assalamualaikum warahamtullah dan salam sejahtera, Beberapa bulan yang lepas, Laman-Seri telah menerima sepucuk email yang menceritakan tentang sejenis minuman yang menjadi favourite anak-anak berjenama xxxxxx. Kandungan email sangat meloyakan tekak hingga saya sendiri tak dapat menerima lagi minuman itu, walaupun setitik. Ðisebabkan email itu juga, saya telah berusaha mencari alternatif kepada minuman berperisa coklat itu, mari beramai-ramai kita minum koko. Koko bukanlah tanaman asing kerana sejak dari kecil lagi saya suka 'makan' isi koko yang rasanya manis-manis masam. Koko atau nama saintifiknya theobroma cacao adalah tanaman yang digunakan untuk membuat coklat. Nama genus theobroma bermakna ‘makanan tuhan’. Pokok koko tergolong dalam keluarga malvaceae. Pokok koko berasal dari kawasan tropika Amerika iaitu Mexico yang didiami oleh kaum Indian Maya Aztec. Kaum Indian Maya Aztec amat menghargai biji koko. Malah biji ko

SALAM AIDIL ADHA …..dan SAMBAL GORENG VERSI MY MUM….

Salam, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA…atau biasa dikenali dengan Raya Korban…di mana masa ini banyaklah orang berkemampuan tunaikan kewajipan ibadah korban….bagi yang kurang mampu…time ini akan menerima banyak daging korban. Maknanya dalam masa sebulan akan berlaukkan lauk daging jer…….…. Selamat sudah memasak ayam kampung masak kari bersama dengan sambal goreng versi my mum untuk Aidil Adha ini…..sudah 2 kali masak sambal goreng ini guna resepi yang diambil dari internet.. yang masukkan halia bagai dalamnya….rasanya tidak menepati selara so last resort balik semula to my mum resepi asal…..baru ngam dengan selera…resepi simple. Kot-kot ada yang berminat antara bahan yang digunakan adalah Cili kisar bawang besar 2-3 biji – potong dadu serai 4-5 batang - hiris bahan2 untuk digoreng :- kacang panjang hiris & goreng tahu/ tempah – dipotong kecil udang sederhana besar – goreng @ rebus cili merah (ikut kepedasan masing2)- hiris nipis & goreng juga sebentar hati/ pedal ayam –