Tuesday, April 10, 2012

Slice Chocolate Cheesecake…..

 

SALAM

Slice cheesecake yang simple, lembut dan sedap ini ikut selera pembuat kek ini…untuk resepi yang asal can easily be found here dan juga disini

cheesecake

minta izin tuan punya resepi untuk di c&p, untuk rujukan diri sendiri and thanks a lot. Ini kali ke dua, buat yang first (gambarnya tak sempat diambil) lagi gebu tapi yang ini disebabkan dicampur dengan cocoa powder itu yang kurennng sikit kegebuaannya……apa-apa pun its worth the effort in trying the recipe….so daripada hendak membeli might as well as DIY jimat duit dan berbaloi untuk dimakan banyak manapun tak de ler nanti terkulat-kulat da habis…..just follow the recipe step-by-step and the measurement exactly according the recipe….you will not be disappointed…..as for me I used the springform pan size 8”….

Bahan-bahan

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencuba

That’s all for now…sehingga kerajinan melanda untuk update lagi…Be right back

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...