Thursday, June 6, 2013

Contoh Kata-kata Aluan

 

KATA- KATA ALUAN

DONDANG SAYANG YANG PANTUN SEBAGAI SENI KATANYA AMAT SINONIM DENGAN NEGERI MELAKA DAN MERUPAKAN KESENIAN ASLI MELAKA YANG UNIK BERBANDING MUZIK-MUZIK LAIN DI MALAYSIA. SELARAS DENGAN PENGIKTIRAFAN MELAKA SEBAGAI BANDAR RAYA WARISAN DUNIA (UNESCO) KELANGSUNGAN DONDANG SAYANG PERLU DIKEKAL DAN DIPULIHARA UNTUK GENERASI AKAN DATANG AGAR TIDAK PUPUS DITELAN ZAMAN. DONDANG SAYANG ADALAH SENI WARISAN TIDAK NYATA YANG DAPAT DIJADIKAN PRODUK PELANCONGAN UNTUK MENARIK PELANCONG KE NEGERI MELAKA.

MESYUARAT AGUNG KALI INI MERUPAKAN LANDASAN PEMILIHAN AHLI JAWATAN KUASA BAHARU YANG AKAN DAPAT MENGGERAKKAN PERSATUAN DONDANG SAYANG SEIRING DENGAN KEMAJUAN KESENIAN YANG LAIN. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU PADA KALI INI DIHARAPKAN AKAN DAPAT MEMBAWA AHLI-AHLI KUMPULAN DI BAWAH PERSATUAN UNTUK TERUS MEMACU DAN MELETAKKAN MUZIK DONDANG SAYANG KE SATU TAHAP YANG DAPAT DIBANGGAKAN. KOMITMEN, SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG JITU DARIPADA SETIAP AHLI KUMPULAN DIPERLUKAN UNTUK MEMASTIKAN SESEBUAH PERSATUAN ITU BERGERAK AKTIF DAN MENYUMBANG KE ARAH PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SETEMPAT.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PIHAK KEMENTERIAN MELALUI JKKN NEGERI AKAN TERUS MENYOKONG DAN MEMBANTU MANA-MANA PERSATUAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN KHUSUSNYA DONDANG SAYANG UNTUK TERUS KEKAL DIWARISI MELALUI PROGRAM-PROGRAM YANG DIANJURKAN.

ENCIK RODZUAN BIN ISMAIL

PENGARAH KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI MELAKA

Popular Posts

perkataan lama baru untuk hari ini...

telokup - rosak tidak boleh digunakan lagi
gulai - masakan; lauk (or dishes) yang dimasak hari ini
tanak - masak atau memasak nasi;
reti - faham akan maksud; tahu mengenai sesuatu (understand)
tak menuras - maksudnya tidak faham @ tidak tahu; contoh ayat; Kau ni tak menuras langsung.......nak buat kerja..
layang - selalu digunakan untuk layang-layang (sejenis permainan kanak-kanak) tapi untuk orang dewasa layang bawa maksud menghiris bawang kecil nipis-nipis...