Posts

Showing posts from 2011

backdated pictures….

Image
Salam…. Nothing much to share..pictures tell the story..Nasi Ambeng 1000 dan makanan orang Jawa   Nasi Ambeng             Seperti Sambal Goreng tempeh, ikan bilis, kacang tanah dan lain-lain, resepi boleh digoogle di internet…ini sekadar gambar tanpa resepi sama gak untuk lain-lain gambar….            to be continued…….:-)

route to manhood……….

Image
Salam, Perjalanan insan yang bernama lelaki menuju alam dewasa…menuju mandi siram Majlis Berkhatan Beramai-ramai pada 18 Disember 2011..   Gambar berkhatan tak sempat diambil sebab dok kalut mengurus anak yang turut sama berkhatan. One thing for sure and lesson learnt from this…are to remove the dressing within 24 hours of circumcition as not to let the later dried up and get stuck to the sensitive area. Lesson learnt and not to repeat the mistake ever again….

....masih di sini...

Image
Salam... masih di sini...orang lain semua dok da kat rumah...tapi masih di sini menyiapkan apa yang patut.. ada ke patut????

deceber update

Image
ASSALAMUALAIKUM.... Sekadar gambar hiasaan.....sesuka hati hendak update sebab tak tahu nak update apa benda Apa-apapun selamat menyambut AWAL MUHARAM.... .

its better late than never……

Image
Salam….di hari Jumaat, Cepatnya masa berlalu….anak yang masih kecil kini dah pun berada di tahun 1….dulu yang berpohsah nak menghantar ke sekolah petang..akhirnya dapat tempat pertama di dalam kelasnya…….cuba bayangkan macam mana dia mengeraskan badan nak masuk ke laman sekolah dah lah tu jadi murid yang popular sekejab sebabnya satu sekolah dapat tengok mono drama dengan juraian air mata nak ke sekolah…… Tahniah dan keep up the good work my beloved son FAEZZZZZZZZZZZ. Till then…..:- )))

APAM POLKODOT……

Image
sALAM… Apam polkodot yang sudah siap dikukus…resepinya banyak di internet hanya tinggal untuk dipilih ikut citarasa empunya diri…hanya dua warna sahaja yang digunakan warna asal dan sedikit pewarna merah. Memandangkan untuk makan sendiri….sekadar nak mengurangkan penggunaan pewarna dalam makanan….sudahlah macam warna yang masuk ke badan. Jadi sebolehnya untuk diri sendiri….tu lew rupanya…. antara resipi yang boleh diguna adalah seperti di sini atau di sini dan lain-lain resepi banyak lagi. Itu je untuk hari ini…..till then

11.11.11…..

Salam hari Jumaat… Angka yang unik….jua pada hari yang mulia..penghulu segala hari…. agak2 jika dicampurkan semuanya angka 1 (satu) berapa jawapanya.. . jawapannya hanya satu…..

PORTUGIS MELAKA

Image
Misteri Etnik Part 4 : Portugis Melaka lebih asli Generasi muda diajar warisi tarian Portugis Masyarakat pertahan budaya Negara asal sejak abad ke-16 “Jingkling nona jingkling nona yo kare kasa, jingkling nona jingkling nona yo kare kasa, kasa rata kota jele lagu pasa, kasa rata kota jele lagu pasa. Teng alah oteng pak oteng sala oteng, teng alah oteng pak oteng sala oteng. Udang sama udang, mawar atas peti. Pandang boleh pandang, jangan sampai bawa lari.” Itulah petikan lagu Jingkling Nona yang popular di kalangan masyarakat Portugis, Melaka. Lagu itu juga sebati dengan penduduk Melaka sehingga mampu dinyanyikan sesiapa saja. Sekali dengar, ada lenggok joget dalam rentak melodi lagi itu. Ia seakan memperkuatkan tanggapan asimilasi budaya Portugis dengan orang tempatan, apatah lagi orang Portugis bertapak di negeri itu sejak 500 tahun dulu. Namun, paling mengejutkan masyarakat ini yang terputus hubungan dengan negara asal sejak Portugis berundur pada zaman penjajahan Belanda ma

Tiga sikap buat wanita tampak hodoh

Image
sALAM… Satu lagi e-mail yang ingin dikongsikan bersama…… Assalamualaikum warahmatullah, Pernahkah anda melihat wanita yang terlalu cantik, sempurna segala zahirnya, anggun bergaya dengan kosmetik dan perhiasannya bak supermodel? Bukan hanya lelaki yang suka memandang, bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap dipandang. Tetapi sayangnya, setelah anda mengenali hati budinya, dia sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala dalaman pula sungguh memeranjatkan! Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup. Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beri

Khasiat koko……

Image
sALAM… sOMETHING 2 SHARE….. koko ~ theobroma cacao Assalamualaikum warahamtullah dan salam sejahtera, Beberapa bulan yang lepas, Laman-Seri telah menerima sepucuk email yang menceritakan tentang sejenis minuman yang menjadi favourite anak-anak berjenama xxxxxx. Kandungan email sangat meloyakan tekak hingga saya sendiri tak dapat menerima lagi minuman itu, walaupun setitik. Ðisebabkan email itu juga, saya telah berusaha mencari alternatif kepada minuman berperisa coklat itu, mari beramai-ramai kita minum koko. Koko bukanlah tanaman asing kerana sejak dari kecil lagi saya suka 'makan' isi koko yang rasanya manis-manis masam. Koko atau nama saintifiknya theobroma cacao adalah tanaman yang digunakan untuk membuat coklat. Nama genus theobroma bermakna ‘makanan tuhan’. Pokok koko tergolong dalam keluarga malvaceae. Pokok koko berasal dari kawasan tropika Amerika iaitu Mexico yang didiami oleh kaum Indian Maya Aztec. Kaum Indian Maya Aztec amat menghargai biji koko. Malah biji ko

SALAM AIDIL ADHA …..dan SAMBAL GORENG VERSI MY MUM….

Salam, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA…atau biasa dikenali dengan Raya Korban…di mana masa ini banyaklah orang berkemampuan tunaikan kewajipan ibadah korban….bagi yang kurang mampu…time ini akan menerima banyak daging korban. Maknanya dalam masa sebulan akan berlaukkan lauk daging jer…….…. Selamat sudah memasak ayam kampung masak kari bersama dengan sambal goreng versi my mum untuk Aidil Adha ini…..sudah 2 kali masak sambal goreng ini guna resepi yang diambil dari internet.. yang masukkan halia bagai dalamnya….rasanya tidak menepati selara so last resort balik semula to my mum resepi asal…..baru ngam dengan selera…resepi simple. Kot-kot ada yang berminat antara bahan yang digunakan adalah Cili kisar bawang besar 2-3 biji – potong dadu serai 4-5 batang - hiris bahan2 untuk digoreng :- kacang panjang hiris & goreng tahu/ tempah – dipotong kecil udang sederhana besar – goreng @ rebus cili merah (ikut kepedasan masing2)- hiris nipis & goreng juga sebentar hati/ pedal ayam –

Semalam dijay bee

Wordless wednesday.... Salam, Setelah beberapa hari di jb, sampai masa untuk kembali ke melaka....makan malam di zz, jb....sponsor by en yunos...thanks ada lot..nak meronda ujanlah pulak sok apalagi buat kuak lentang dalam bilik hotel..... Till then... Bye * update using samsung galaxy mini Lagipun dah lama tak update blog...

IKTIBAR DARI SEBATANG PENSEL…..

Image
sALAM… Untuk renungan dan dan diambil pengajaran diri sendiri…. dan sesiapa yang membacanya Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. “Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?” “Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.” “Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak. “Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?” “Iya, ibu.” Pertama , pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya. Kedua , ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagu

dialog sadis sang suami untuk sang isteri……dan sardin masak asam pedas simple.

dengan kocoh- kacahnya sang isteri pun menyiapkan masakan tengahari..maklum lepas tu nak terkejar ke satu appointment lain petang tu dalam kul 2 gitu…..jengok-jengok peti ais….laaaa tak ada pun lauk hendak dimasak…sambil garu kepala terpandang lah satu tin sardin…… so apalagi…..masakan yang paling simple masak sardin asam pedas/ atau yang seangkatan dengannya…. ambilah 2-3 biji bawang besar, kengkawan yang lain adalah bawang putih dalam 4-5 ulas, kunyit sebuku ibu jari kot besarnya…jangan lupa kawan karib si kunyit adalah halia agak-agak sama saiz dengan si kunyit tadi ok…… so ketua geng kenkawan tadi apalagi kalau bukan lada kisar/ chili kering kisar sama lah bendanya…….bahan yang memberi nama kepada masakan ini adalah apalagi kalu bukan asam jawa kira-kira secukup rasa yang diramas terpulang banyak mana …hendak pekat…kurangkan air kalau tidak lebihkan air. Bila semua itu dah siapsiaga (bahasa baru kiranya kot) tumislah empat sekawan + chili kering hingga pecah minyak (minyak untuk

Waktu akhirat dan dunia…Sekadar ingin berkongsi ….

Salam…. Sekadar untuk ingatan diri sendiri….apa yang dapat dari Kursus yang dihadiri tempohari ….. 1 1/2 jam waktu akhirat = 62 1/2 tahun….maknanya 24 jam/ 1 hari waktu akhirat bersamaan dengan 1000 tahun masa kita di dunia….so renung-renunglah apa yang telah kita isikan dalam waktu 62 1/2 tahun usia itupun jika diizinkaNya untuk kita rasai…. Sekian till then Bye

Hai almond london…..

Salam… Dan ke idak ni nak membuat almond biskut ni….tapi disebabkan ada permintaan oleh anak-anak terpaksa ler buat juga….kuih tart lak da tinggal setengah balang….kena mamam….oleh anak-anak..apa taknya maknya sekali curi-curi makan kuih tat…..adussss nampak gaya sampai raya da abisss kena makan waktu berbuka atau sahur……….picture akan di upload jika berkesempatan.. soo akhir kalam “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” UNTUK SEMUA YANG SUDI MENYINGGAH KE BLOG YANG SEBERAPA INI…………….

MALAM LAILATUL QADAR….

Image
Salam, Semakin hampir akhir ramadhan dan tibanya Malam Lailatul Qadar satu malam yang merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. something to share about Malam Lailatul Qadar… Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Bagi

Wow #DiGiJomBerry is so generous and offering you to stay connected online on the go for just RM 25/month!

Image
Wow #DiGiJomBerry is so generous and offering you to stay connected online on the go for just RM 25/month!

minggu ke 2 Ramadan

Image
Salam... Minggu ke 2 Ramadan pun dah nak melabuhkan tirai ...2 more weeks to goooo....welll langsir tak berjahit wehh...bila lah gaknya nak menjahitnya.....dengan mesin jahit singer ruper ni...tapi yang guna kaki....jenuh kaki nak mengayun besi.....bila lah nak siapnya????? (ni bukan nak promote mesin jahit ke atau aper....gambar sumber google..sekadar suka hati...tak tau nak nulis ape??? ) tapi kalau ruper yang di atas ni sedaplah sikit.......2 3 hari leh siap....tapi apa kan daya.........terpaksa lah gak ........wat dengan apa yang ada........ that's all SELAMAT BERPUASA...................

Turn your fridge into a photo gallery! Interesting concept! #PhotoDelivery #MilkADeal

Image
Turn your fridge into a photo gallery! Interesting concept! #PhotoDelivery #MilkADeal

kenangan bersama arwah abah…..

Image
Salam, Cepat sungguh masa berlalu….kini hampir 25 (4 August 1986) tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga….pusaranya nun jauh di KOta Singa tapi ingatan dan doa tetap dikirimkan…. Tulisan arwah abah yang tertera dibelakang sekeping gambar kelas yang diambil seperti tarikh dan tempat yang dinyatakan….   ……dan inilah gambar yang dimaksudkan….terlebih emo lak ok lah masuk bab makan tuk berbuka iftar tadi sekadar kuey teow goreng dan daging masak kicap ….masakan ala kadar sahaja….. well that’s for today……till then…:-)))

2nd day of Ramadhan….2011

Salam Ramadhan, Syukur ke Illahi kerana keizinanNYA dapatku bertemu di Ramdhan ini….dan dapat kembali menulis di blog yang dah agak-agak penuh dengan sawang sebab lama tak mengemas khazanah di dalamnya…semenjak kembali ke alam kerjaya kononnya yang penuh gan program yang habisnya hingga larut malam….tak mengizinkan mengupdate blog yang duk diam-diam menanti….bukan apa saja-saja membusykan diri atau entah tak tau den nak cakap….. Memandangkan ambik 2 hari coti di awal ramadhan dapatlah melepaskan lelah, lagi-lagi baru balik dari kembara di PPA sempena kursus bina insan dan pemantapan akidah..last weekend…kini baru dpt meluangkan masa bersama family dan agak-agak berangan2 nak masak…..entah jadi entah idak….tunggu dan lihat saja…..kain langsir dok nunggu nak dijahit………..aiiiiii bye…akan disambung kemudian

Beneficts of Eating Fruits on an Empty Stomach....

Salam..... SOMETHING TO SHARE... Benefirts of Eating Fruits on an empty stomach We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat. What is the correct way of eating fruits? IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH. If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities. FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so. In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.... So please

KELEBIHAN SURAH AL-BAQARAH

Salam,   Antara email yang diterima dan untuk tatapan sendiri dan siapa yang menjengah ke sini...........   Al-Baqarah الــم {1} ذَلِكَ ال � 'كِتَابُ لاَ رَي � 'بَ ِفيهِ هُدَى لِل � 'مُت � `َقِينَ {2} Ertinya : Alif laam miim , Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.  Mukaddi mah   Terdapat hadi ts yang shahih mengenai keutamaan surah Al-Baqarah di antaranya ; Dari Abu Umamah al-Bahili RA, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam : اق � 'رَءُوا ال � 'بَقَرَةَ فَإِن � `َ أَخ � 'ذَهَا بَرَكَةٌ وَتَر � 'كَهَا حَس � 'رَةٌ وَلَا يَس � 'تَطِيعُهَا ال � 'بَطَلَةُ Ertinya : " Bacalah surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya mengambilnya (untuk di baca dan di amalkan) adalah mengandung keberkahan dan meninggalkannya adalah penyesalan sedangkan para penyihir tak mampu melawannya ". (Tafsir al-Baghawi, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih al-Jami':1165, ruju: www.dora

Senarai IPTA/IPTS di MELAKA

Image
Senarai IPTA/IPTS di MELAKA

what a hectic day….

Salam, Minggu yang panjang tanpa cuti even on saturday n sunday then sambung lak ke hari ini…..too exhuasted can’t explain it in words……… those days have gone by….hari berganti hari…keadaan dan suasana pun berubah…to something yg better ok gak tapi sebaliknya??? Apa halnya??

......a boring day.......

Image
Salam..... Buka email....ada gegaran dirasai di kawasan kl, shah alam dan sekitarnya dan  sebagainya....tapi setakatnya alhamdullilah tak ada yang dirasai dikawasan MT, well mungkin itu sebagai peringatan kepada yang lupa padaNYA.....Subhanallah.....

Back to old ways.....

Image
Salam, Nampak gaya balik semula ke asal...ke tempat lama....cuma lots of changes here and there....kena bersabar dengan apa yang akan mendatang....semoga diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT...amin.... Till then bye...

RAINY MONDAY…….

Salam di pagi isnin yang sejuk…. Another week ahead….with tons of work to accomplish and life to lead to be normal as possible.. entah apa yang dirumblekan pun tak tahu…disebabkan monday blues…with nothing much to rumble about.. bye….

****wordless sunday…….

Image
Salam di hari minggu.. sebagaimana tajuk ituler pengisian untuk hari ini wordless and takde nak dicoretkan…. sebekas buah mangga musim ini yang masak ranum   ini pula gambar hujan lebat yang turun pada suatu hari yang tak ingat bila?????… ini pulak setangkai rambutan kuning   Bye….

MID-TERM SCHOOL HOLIDAYS 2011

Salam, Bermula cuti sekolah hari ini……walaupun begitu akak long kena sekolah pagi petang malam….kelas tambahan sian lak kena sekolah sepenuh hari walaupun adik2 semua dok main apa nak buat zaman sekarang….maknya tak tahu nak cakap apa???? Itu jer tuk hari ini tak banyak nak membebel…. byeeee

The making of curry puff….

Image
Salam, Hai di petang ahad….tajuk macam gempak bunyinya tapi takpun ala sekadar nak mengisi blog dengan sesuatu agar tak bersawang…so malas nak cerita pepanjang tengok gambar2 yang tak seberapa ni yang akan menceritakan segalanya…sebab tukang taip penat nak menaip panjang-panjang….so here it is…. Inti karipap yang sedang mengelegak atas dapur….leh nampak wapnya dengan jelas….. rolling pin, garpu dan sebiji dough tepung siap untuk di “karipap” oleh tukang pembuat kuih…rolling pin yang digunakan comel loteh …..sebab kecil dan ringan nak digunakan…garpu pulak fungsi nak mengelim karipap tu…memandangkan pembuat kuih tak reti nak mengelim gunakan tangan…. dough yang dah siap diletakkan inti kentang ….. antara karipap yang dah siap dikelim dengan garpu dan dough yang menanti…. yang sedang digoreng….. dah siap digoreng dan menanti untuk dingap…ngap itulah dia kisah karipap in the making…resepinya banyak terdapat di internet, kena google dan cuba yang ada dan cari terbaik da