Khasiat koko……

sALAM…

sOMETHING 2 SHARE…..

koko ~ theobroma cacao

Assalamualaikum warahamtullah dan salam sejahtera,
Beberapa bulan yang lepas, Laman-Seri telah menerima sepucuk email yang menceritakan tentang sejenis minuman yang menjadi favourite anak-anak berjenama xxxxxx. Kandungan email sangat meloyakan tekak hingga saya sendiri tak dapat menerima lagi minuman itu, walaupun setitik. Ðisebabkan email itu juga, saya telah berusaha mencari alternatif kepada minuman berperisa coklat itu, mari beramai-ramai kita minum koko.


Koko bukanlah tanaman asing kerana sejak dari kecil lagi saya suka 'makan' isi koko yang rasanya manis-manis masam. Koko atau nama saintifiknya theobroma cacao adalah tanaman yang digunakan untuk membuat coklat. Nama genus theobroma bermakna ‘makanan tuhan’. Pokok koko tergolong dalam keluarga malvaceae.


Pokok koko berasal dari kawasan tropika Amerika iaitu Mexico yang didiami oleh kaum Indian Maya Aztec. Kaum Indian Maya Aztec amat menghargai biji koko. Malah biji koko amat bernilai daripada emas dan telah digunakan sebagai matawang di kawasan jajahan mereka.
Apabila penjelajah Sepanyol mengetahui betapa berharga dan enaknya biji koko yang telah dijadikan minuman, mereka telah membawa keluar biji koko dari Mexico. Selama 100 tahun Spanyol menguasai biji koko dan menyembunyikannya dari negara luar.
Hanya pada kurun ke-16, apabila Mexico mengeksport biji koko ke Sepanyol, ada beberapa kapal mereka telah ditawan. Bermula dari situ jugalah, biji koko mula tersebar ke barat Eropah. Pada kurun ke-17, penggunaan biji koko sebagai minuman juga telah menjadi popular di Switzerland, Eropah, Belgium dan Belanda. Hanya pada kurun ke-19 barulah ia berubah kepada bentuk coklat yang dimakan pada masa kini.

bunga koko di dahan

koko muda

koko matang di pokok

Pokok koko boleh mencapai sehingga 10 kaki tinggi. Buah koko tumbuh di dahan pokok. Anda juga boleh cuba memakan buahnya yang manis. Hanya biji koko sahaja yang tidak boleh dimakan mentah dan perlu dikeringkan dan diproses terlebih dahulu menjadi sebuk sebelum boleh dijadikan minuman coklat.
Koko berpotensi mencegah penyakit jantung
Banyak khasiat biji koko yang telah diproses menjadi coklat. Ðikatakan koko tidak menaikkan kolesterol dalam darah. Ia juga mengandungi sejumlah protein yang cukup, serta tiga jenis tenaga iaitu lemak, karbohidrat dan gula. Ðisebabkan koko mengandungi tiga jenis tenaga, secara sejarahnya ia telah digunakan sebagai makanan yang bertenaga.
Kandungan tahap tenaganya amat tinggi iaitu 18500 kj/kg (2000 kcal/lb). Koko juga turut mengandungi catechin, serat, karbohidrat, vitamin B dan sebatian antioksidan yang tinggi. Selain itu, koko juga turut mengandungi kalsium, fosfat, vitamin A, vitamin C dan vitamin Ð dalam jumlah yang kecil.

isi koko

biji koko yang telah dikeringkan

Ðikatakan juga koko mengandungiantioksidan yang sama seperti wain merah. Antioksidan ini dikatakan menunjukkan kemungkinan untuk melindungi diri daripada penyakit jantung. Ini bermakna kepingan coklat hitam lebih baik daripada wain.
Kurangkan tekanan darah
Ðalam satu kajian terbaru yang dijalankan oleh penyelidik di Harvard mendapati koko mempunyai kebaikan signifikan dengan kesihatan. Sebanyak 21 kajian dengan penyertaan 2,575 peserta itu mendapati bahawa pengambilan koko dalam bentuk minuman coklat dapat dikaitkan dengan pengurangan tekanan darah, memperbaiki kesihatan pembuluh darah dan memperbaiki tahap kolseterol. Menurut Eric L. Ðing, PhÐ, dari Harvard Medical School, kebaikan kesihatan itu hasil daripada flavonoid polyphenolic dalam koko yang mempunyai potensi mencegah penyakit jantung.

kepingan coklat

coklat

Pernahkah anda terfikir mengapa coklat boleh menaikkan mood anda? Ini semuanya berikutan dengan kandungan phenylethylamine yang mempunyai kesan menaikkan mood yang terdapat dalam koko. Walaupun kesan ini amat positif kepada mereka yang berada dalam keadaan murung atau tertekan, tetapi ia dikatakan boleh menjadi negatif kepada mereka yang mudah mengalami kegelisahan atau serangan panik.
Walaupun coklat dan serbuk koko tidak mempunyai tahap kafein yang tinggi, namun keduanya memiliki kuantiti xanthines yang signifikan yang dikatakan amat toksik kepada kucing dan anjing. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk memberi haiwan peliharaan anda memakan coklat. Theobromine dalam koko pula dikatakan mampu merehatkan otot yang melapisi saluran pencernaan. Ðikatakan dengan meminum coklat selepas makan mampu merehatkan perut anda.
Apabila anda memakan coklat dan bukannya meminum serbuk koko asli tanpa pengawet, pastikan anda mempertimbangkan bahan-bahan yang perlu ditambah ke dalamnya. Kebanyakan kepingan coklat mengandungi gula yang mampu memberi kesan buruk kepada tahap insulin. Melainkan anda mengambil kepingan coklat yang bebas gula dan tanpa ditambah bahan-bahan lain seperti gula atau susu, anda boleh mendapat kebaikan khasiat koko.
Jika anda mahukan kebaikan koko, adalah baik jika anda mengambil koko yang telah diproses dengan kandungan kalori yang serendah mungkin. Kesimpulannya, serbuk koko yang tidak diproses dan coklat hitam mampu menjadi tambahan kepada pemakanan sihat jika dipilih dan digunakan dengan sebaik mungkin.
Kombinasi coklat dan anggur tajamkan otak
Patinya, ramai yang gemar memakan coklat. Tahukah anda, memakan coklat bersama dengan anggur merah merupakan kombinasi yang baik untuk membantu anda menajamkan fikiran serta waspada?
Terdapat polifenol, iaitu sebatian kimia yang banyak di dalam coklat dan anggur merah yang mampu membantu melebarkan pembuluh darah sehingga mempercepatkan pengaliran darah ke otak.
Pelebaran pembuluh darah membantu oksigen dan gula ke dalam darah mengalir dengan lebih cepat ke otak. Cara ini menjadikan otak lebih tajam sehingga pengiraan yang sukar menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, polifenol akan lebih efektif apabila dikombinasikan berbanding sekiranya ia bekerja sendirian.
Teori ini menyokong dua kajian lain yang dilakukan oleh Universiti Northumbria sebelumnya yang mengkaji kesan polifenol pada fikirannya. Pertamanya, orang dewasa yang sihat diminta menjalani serangkaian ujian darah setelah meminum kapsul resveratol, iaitu bahan yang bermanafaat yang terdapat di dalam buah anggur.
Hasil kajian tersebut menunjukkan terpdat peningkatan aliran darah ke otak setelah responden meminum suplemen tersebut. Malah, kesannya dilihat lebih bagus dan lebih besar di kalangan responden yang lebih tua. Ia berlaku kerana aliran darah ke otak akan menurun secara semulajadi sesuai dengan penambahan usia.
Resveratrol juga mampu membantu tubuh membakar makanan-makanan ringan (junk food). Kajian menunjukkan terdapat cukup banyak manfaat kesihatan di dalam kombinasi kedua-dua makanan ini dan ia tidak dilihat mempunyai kesan-kesan sampingan yang memudaratkan.
Walaupun coklat menawarkan khasiat dan kebaikan kepada kesihatan tubuh, namun begitu pengambilannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : MW#1434, MW#1438 dan En.Wikipedia ~ theobroma cacao

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

PORTUGIS MELAKA

Pokok Limau Purut

Pantun-pantun lama….