Gulai Siput sedut dengan keladi

Salam di pagi minggu….

Backdated picture…

Lauk minggu lepas…masak atau gulai siput sedut dengan batang keladi versi sendiri. Memandangkan sepanjang minggu asyik lauk ikan-ikan jer so nak menghilangkan tahap kebosanan dengan ikan soo siput sedut jadi mangsanya….

Antara2012-01-06 20.50.26 bahan2nya ialah :-

Semestinya siput sedut

chilli padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)

kunyit hidup sebesar ibu jari

serai sebatang

keladi (Hanya ambil batangnya sahaja) – celur

santan kelapa 1 biji

2-3 asam keping/ garam/ serbuk perasa

belimbing buluh kalau ada

Caranya :-

Cuci siput sedut sebersih-bersihnya, kerat hujung siput guna pisau yang besar supaya senang sekali ketuk je (as for me guna parang jer) sekali hentak aah kau dah beras dah putus hujungnya. Siput itu hendaklah direndam dan basuh lagi hingga bersih. Kisar semua bahan chili padi+ kunyit, masukkan dalam periuk bersama dengan santan, siput, serai, asam keping dan kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Apabila dan mendidih masukkan garam/ serbuk perasa dan juga batang keladi dan masak seketika dan boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi…….sedia untuk dimamam…

Menu untuk hari ini pulak ayam….

Itu sahaja yang hendak dikisahkan tentang semalam…

:-)

Comments

Popular posts from this blog

PORTUGIS MELAKA

Pokok Limau Purut

Pantun-pantun lama….