Pokok Limau Purut



Salam,


Untuk hari ini N3 sekadar berkisar mengenai Pokok Limau Purut yang ada ditanam di belakang rumah hanya sebatang untuk kegunaan sendiri dan juga jiran tetangga jika memerlukan daunnya untuk masakan. Info diambil dari website2 yang ada mengenai limau purut dari segi penjagaannya sebab dah tanampun pokok tu....









PENJAGAAN
Siram anak pokok pada awal pagi dan lewat petang 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Di ladang pembajaan dilakukan dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg/pokok dua kali setahun bagi peringkat tumbesaran (1- 3 tahun)


Baja urea dua kali setahun sebanyak 50 g/pokok setiap kali pembajaan. Manakala di dalam pasu 1 kg/pokok dua kali setahun dan baja urea 20 g/pokok setiap kali pembajaan. Letak sungkupan daun-daun kering di keliling pokok sebagai sungkupan.


Cantasan dilakukan untuk membuang tunas air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.


KAWALAN RUMPAI
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.


KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT
Kutip dan musnahkan serangga perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit.

Khasiat Limau Purut

Limau purut atau Citrus Hystrix DC tergolong dalam buah-buahan sitrus yang amat terkenal dalam sejarah penjagaan rambut. Sebelum perapi rambut diperkenalkan, perahan limau yang turut mengandungi asid sitrik digunakan serata dunia untuk merapi dan menyinarkan rambut. 

Asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan membuat krim kulit yang dirumus daripada AHA. Kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Terkenal sebagai sumber asid sitrik terbaik, buah limau purut berbentuk bulat dan kulitnya hijau berkedut. Pokoknya pula kecil. Batang dan rantingnya dipenuhi duri. Daunnya berbentuk kembar dua, berwarna hijau dan selalunya digunakan sebagai penambah aroma makanan. Ada kala daunnya dijadikan air rebusan mandian terutama ketika dalam pantang.

Buahnya boleh digunakan terus untuk mencuci kepala, dipercayai boleh menghilangkan kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. Ia juga boleh digosok pada seluruh badan untuk menghilangkan bau badan.

Kini, limau purut turut dijadikan bahan asas barangan dandanan diri terutama syampu dan sabun mandi.

Untuk mendapatkan kesegaran selepas penat suntuk bekerja, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan anda kembali segar san bertenaga.Untuk membersihkan kulit kepala yang berkerak dan berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkannya terasa pedih.


Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik.


Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan ia seketika sebelum dibilas.




Limau purut dalam aromaterapi
Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antaranya alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena.  Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.  Dan limau purut dan minyak patinya sangat bernilai dalam rawatan aromaterapi untuk menenangkan perasaan gelisah dan ketegangan fikiran.  Minyak patinya digunakan dalam mandi terapeutik, mandi wap dan sebagai minyak urut badan.  Baunya yang kuat dan menyenangkan boleh menyebabkan seseorang berassa ceria, bebas tekanan, segar dan bertenaga.  Tidak hairanlah orang Melayu menggunakannya untuk tujuan mandi limau.

Kegunaan lain
Dalam masyarakat Malaysia, limau purut mempunyai kegunaannya tersendiri.  Buahnya digunakan untuk tujuan kosmetik iaitu untuk mencuci rambut dan bahagian tubuh yang lain.  Jusnya boleh mengeluarkan karat gigi dan kesan kotor yang degil pada kulit tanpa penggunaan bahan kimia yang kuat.  Beberapa titis perahan jus limau purut ditambah dengan setengah cawan air boleh digunakan sebagai ubat kumur supaya mulut berbau harum dan menyihatkan gusi.  Di Thailand, buah limau purut kering digunakan sebagai ubat batuk dan ubat rawatan selepas bersalin.

Pokok limau purut berbau harum dan dipercayai dapat menghalau ular.  Pokok ini seringkali ditanam di sudut kawasan rumah bagi menjauhkan ular.

SEDAP...hidangan tomyam menggunakan serai dan limau purut.

Antara masakan yang menggunakan daun limau purut...tomyam....

Sekian, untuk hari ini



Comments

Anonymous said…
When you fail to challenge your muscles with increasing intensity or poundage, your body will fail to grow
Abang Pian said…
Sedia membekal daun dan buah limau purut. Kami ada l/k 1600 pokok limau purut. Contact no 012 2063732 atau sofian11169@yahoo.com

Popular posts from this blog

PORTUGIS MELAKA

Pantun-pantun lama….