sekeping gambar sekeping tanah sawah dan pokok sentul.........

Salam,

Tak banyak yang hendak dicoretkan petang ini, sekadar sekeping dua gambar yang tak seberapa: pemandangan di kawasan kampung yang masih lagi dikelilingi dengan kehijauan....let the pics do the talking....




Nampak background tu, sebenarnya adalah sekeping tanah bekas sawah yang tidak diusahakan lagi...penuh dengan tumbuhan liar, lepas hujan apalagi rumput2 bermaharajalela tumbuh....dalam kata lain ini tanah aku kata si tumbuhan liar tu...jadi suka hati ler nak meliar macamana tak !!!! (sebenarnya nak cerita pasal tumbuhan liar yang berbunga depan tu, memandangkan tak tahu namanya so baik dok diam2 toksah nak cerita, kan salah fakta lak...)

Batang kayu yang nampak tu pulak, adalah sepohon besar pokok sentul yang rebah ke bumi selepas hujan lebat beberapa bulan lepas...selepas di bersihkan sebab merintangi jalan tu yang dok tersadai tepi nun...tapikan kalu sapa yang kreatif mesti banyak gunanya sebab batang besar2 pemeluk orang dewasa....tapi cabang2 dan ranting2 yang kecil penuh kat dalam tali air yang tak berair lagi....

ini ler akibatnya, konon nak membesar dan mendalamkan sungai untuk mengairi sawah sekitar salah perhitungan dan penggiraan oleh pihak terbabit air langsung tak naik dan tanah sawah jadi kering kontang....siapa nak jawap????





Ni pulak daun pokok sentul tu.......




Comments

Popular posts from this blog

PORTUGIS MELAKA

Pokok Limau Purut

Pantun-pantun lama….