Birds Eye Chili Prawn Dish

 

Assalamualaikum….

di pagi hari Jumaat….nama tajuk bukan main lagi…walhal namanya dalam BM cuma Gulai Udang Masak Lemak Cili Api jer…..sebabnya sebutan dalam BI cuma ada berapa syllables jer….apa orang kata straight to the point sebutannya…walaupun belit gak nak sebut …tapi kalau dalam BM ada 12 suku kata…eeh betul ke ni….macamlah cikgu nak mengajar murid sekolah rendah tahap satu….apa2 aje lah…

….ni apa orang kata kunun2nya “branding” nama lain yang lebih catchy walhal benda yang sama jer….

…memandangkan huruf R hari ini besar sikit daripada M….soo sempet den mengambil gambar lauk hari ini …..kalau ikut memang sepanjang minggu memasak for my kids…disebabkan terkejar2 masa…..nak ambil gambar tu does’nt cross my mind at all…..

Udang itulah menu for lunch….harga tuk semalam adalah RM 29.90/ kg…..di FS berbanding RM 34.90/ kg sebelum perayaan CNY tempohari….inilah rupanyer….

 

masak udang

….resepinya :-

kalau nak yang canggih kenalah google….tapi untuk tuan punya badan inilah resepi yang selalu den gunakan…

Mestilah udang (banyak mana ikut isi rumah)

Segengam Cili Api (ikut tahap kepedasan memasing)

kunyit hidup – sebesar ibu jari (yang ni lak hasil dari tanam sendiri….siap kena gali cari sendiri kat kebun baruh nun….nak senang beli jer….)

cili dan kunyit – diblend

belimbing buluh (yang ni lak den gi petik kat belakang rumah jer)…

2 keping asam gelugur (ni beli kat kedai…. den pun tak kenal rupa pokok asam gelugor ni ….Be right back)

santan kelapa (tak sempat nak memarut kelapa pepagi buta) beli santan yg siap….

Garam dan perasa ikut rasa tukang masak

Cara2nya :-

*Cebur jer semua bahan2 tadi dalam satu periuk dan *tanak atas api….sorry ler sebab menggunakan bahasa lama…

…..lepas tu jangan lupa menggacau semua bahan tadi hingga masak….jangan berenti menggacau nanti pecah minyak tak sedaplah pulak…dah siap untuk dimakan dengan nasi putih….

so guys that’s the lunch for my boys n girls today….

* cebur – dalam bahasa lain campak / masukkan

* tanak – masakkan (macam buat kelas BM pulak)

ps – kalau nak tahu maksud yang lebih dalam leh google dictionary cari maksud yang lain….rasanya panjang gak post tuk hari ini…

….till next week…have a nice week end….Laughing out loud

Comments

Popular posts from this blog

PORTUGIS MELAKA

Pokok Limau Purut

Pantun-pantun lama….